|
Penyiaran Tamil telah memulakan perkhidmatannya di Tanah
Melayu sejak tahun 1946 dan ketika itu, ia
dikenali sebagai Radio Malaya Bahagian India. Pada tahun
1966 selain dari pusat siaran Kuala Lumpur, siaran daerah
juga diwujudkan di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor
Bahru. Pada tahun 70-an Bahagian India ditukarkan nama
kepada Rangkaian Merah. Pada tahun 90-an, siaran Bahasa
Tamil di stesen-stesen daerah dihentikan.Selepas itu, siaran
dikendalikan dari Kuala Lumpur sahaja.Seterusnya, siaran
gelombang sederhana saluran 6 dihentikan dan dipancarkan
melalui GelombangFM. Radio 6 mula mengadakan siaran 24jam
mulai 1hb.Julai 1997. Dengan perubahan itu, Radio 6 mula
melangkah ke arah kecemerlangan. Pada 1 April 2005 radio 6
bertukar wajah dengan nama MINNALfm.
|