Utama   |   Tentang Kami  |   Juruhebah |   Program  |   Jadual |   Kelab Peminat   | Lidah Pendengar |    Komen   |   Hubungi Kami


 

Hari : 16 Ogos 2009
Akhbar : Tamil Nesan
Penulis : Pn. Vijaya, Shah Alam


Koleksi Lagu
Koleksi lagu yang disiarkan di MINNALfm amat lunak didengar. Lagu-lagu yang disiarkan bersesuaian dengan masa siaran dan dapat memuaskan semua golongan yang mendengar rancangan MINNALfm. Terutamanya koleksi lagu yang disiarkan pada waktu petang disukai ramai dan pilihan lagu yang keudara tiada tandingan untuknya. Selain itu, lagu tahun 70an juga disajikan dengan caranya yang tersendiri dimana kami berasa begitu ghairah untuk mendengar rancangan tersebut pada setiap minggu.

 

 

Hari : 07 Jun 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Veeraman dan Kaaraikalar


Rancangan yang Menarik
Sebuah rancangan khas telah diterbitkan oleh MINNALfm untuk mengenang jasa En. R. Balakrishnan diatas pemergian beliau. Rancangan ini telah keudara pada 31.05.09, 10.15 malam. Rancangan yang berbentuk majalah ini telah memuatkan koleksi temuramah beliau yang pernah dihadirinya. En. S. Kumaran dan Puan. Pon Kogilam telah menerbitkan rancangan ini dengan cara yang amat menarik. Gandingan pasangan ini telah berjaya menarik perhatian ramai pendengar dan diharapkan mereka akan kembali keudara dengan rancangan yang sehebat seperti ini pada masa akan datang. Turut diucapkan ribuan terima kasih atas usaha En. Parthasarathee yang telah menerbitkan rancangan yang berkualiti sebegini.

 

 

Hari : 07 Jun 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Pn. Mathagini, Kedah


Drama Radio

Drama radio yang keudara pada setiap hari Ahad mengandungi “mesej” yang dapat dijadikan sebagai teladan. Syabas kepada penulis dan penerbit drama.
 

 

Hari : 24 Mei 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : En. Muthu, Cheras


Kelebihan MINNALfm
Penggunaan bahasa di siaran MINNALfm baik berbanding dengan stesen tamil yang lain. Namun frasa yang digunakan untuk angka “0” oleh juruhebah MINNALfm dan Unit Berita Tamil adalah berbeza. Sekiranya penggunaan frasa tersebut diselaraskan maka kekeliruan dapat dielakkan.
 

 

Hari : 17 Mei 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Puan Selvi, Muar


Rancangan “Pon Maalai Pozhutu”
Rancangan mingguan yang keudara pada setiap hari Sabtu, 6.15 petang amat menarik. Pilihan lagu yang dipilih oleh pendengar MINNALfm juga mat menarik dan rancangan sebegini harus diteruskan.
 

 

Hari : 19 April 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Srnam Sreenivasan, Jasin


Rancangan Yang Menarik
Kini terdapat banyak perubahan dalam rancangan MINNALfm. Tahniah diucapkan kepada semua Penerbit MINNALfm.
 

 

Hari : 19 April 2009
Akhbar : Tamil Nesan
Penulis : Ragu, Shah Alam


Rancangan Malarum Ninaivugal
Rancangan “Malarum Ninaivugal” yang keudara setiap hari mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di kalangan para pendengar MINNALfm. Pilihan lagu lama oleh para pendengar mendapat sambutan yang menarik. Rancangn seperti ini harus diteruskan.
 

 

Hari : 12 April 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Selvi Linggam, Muar.


Koleksi Lagu Lama
Segmen lagu-lagu 70an dan lagu-lagu lama yang keudara sebagai pilihan pendengar amat menarik dan kami suka untuk mengikuti rancangan tersebut. Penerbit segmen berkenaan Cik. A. Manjula dan En. Chelladurai patut dipuji.
 

 

Hari : 22 March 2009
Akhbar : Tamil Nesan
Penulis : Laporan Pihak Akhbar


Radio Di Lokasi MINNALfm yang ceria
Pada 14 Mac yang lepas, sebuah rancangan radio di lokasi telah diadakan dengan kerjasama Persatuan pengguna Pulau Pinang Di Dewan Serbaguna Prai. Rancangan ini disertai oleh artis-artis tempatan yang terkenal dan turut diceriakan oleh juruhebah MINNALfm Taya.G., Thenmolee dan Prema. Penerbit bagi radio di lokasi ini ialah En. Selvadurai dan dibantu oleh En. Johnson.
 

 

Hari : 29 March 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Anbarasan, Klang


Rancangan Ullasam Urdcagam
Sempena penerimaan anugerah “Oscar” oleh pengarah muzik terkenal A. R. Rahma, MINNALfm telah membuat rancangan khas yang keudara dengan koleksi lagu-lagu beliau. Penerbitnya Cik. Punitha Subramaniam telah mengendalikan rancangan ini dengan penglibatan pendengar melalui perbualan telefon, salah seorang pendengar MINNALfm yang telah mengambil bahgaian juga turut telah mendeklamasikan sajak yang menarik.
 

 

Hari : 29 March 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : N. K. Linggam, Sungai Abong, Muar


Pencapaian MINNALfm
Kini terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang memberangsangkan dalam rancangan MINNALfm. Rancangan yang keudara lebih mantap dan ceria. Segmen pagi yang dikendalikan oleh Cik. Buvana Veeramohan dan En. Theyvekgan mengandungi banyak maklumat yang berfaedah. Perbincangan mereka mengenai isu-isu semasa dapat menarik perhatian para pendengar serta memberi peluang kepada pendengar untuk turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab dan kuiz.
 

 

Hari : 22 March 2009
Akhbar : Makkal Osai
Penulis : Puan Saras, Pulau Pinang.


Rancangan Yang Menarik
Kini terdapat banyak perubahan dalam rancangan MINNALfm. Penggunaan laman web dapat menjimatkan kos penghantaran laman web. Banyak rancangan yang kini keudara menarik perhatian ramai pendengar. Khususnya rancangan “Patham Ondru Paadalgal Pala” yang dikendalikan oleh Cik Punitha Subramaniam dan En. Paandithurai menjadi salah sebuah rancangan yang mendapat sambutan hangat dikalangan peminat MINNALfm dimana pilihan lagu dan penjelasan mengenai lagu tersebut diolah dalam bentuk yang amat menarik dan ianya berbentuk informatif.
 

 

Hari : 04 Februari 2009
Akhbar : Makkal Osai
Penulis : En. Vijaya Varma, Kuala Lumpur


Rancangan “Makkal Naduve”
Selepas beberapa tahun kemudian rancangan yang berkonsepkan pendidikan dan masalah social keudara semula di MINNALfm. Khususnya program pendidikan khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Rancangan ini dapat memberi faedah kepda mereka. Rancangan yang bermotifkan kemasyarakatan juga digalakkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada stesen MINNALfm dan kakitangannya.
 

 

Hari : 08 Februari 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : En. Ganesan, Alor Gajah


Tahniah Diucapkan Kepada MINNALfm
Terima kasih dan pujian diucapkan kepada juruhebah MINNALfm Cik. Punitha Subramaniam yang menyampaikan meaklumat mengenai pelakon veteran En. Nagesh yang telah meninggal dunia.
 

 

Hari : 22 March 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Kavanna


Segmen Pagi yang Berfaedah
Segmen pagi yang dikendalikan oleh Cik. Buvana Veeramohan dan En. Theyvekgan mengandungi banyak maklumat yang berfaedah. Perbincangan mereka mengenai isu-isu semasa dapat menarik perhatian para pendengar
 

 

Hari : 15 March 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : En. Eganathan, Nilai


Syabas Dan Tahniah
En. Theyvekgan dan Cik. Buvana Veeramohan merupakan pasangan juruhebah yang sesuai bagi mengendalikan segmen pagi dari 6 pagi hingga 10 pagi. Penyempaian mereka harus dipuji kerana penggunaan ayat yang lengkap dan mempunyai banyak makumat yang berfaedah sertanya ianya mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Syabas dan tahniah juga diajukan kepada Pengawal , Ketua Bahagian Rancangan serta semua kakitangan MINNALfm kerana persembahan mereka dapat menarik perhatian ramai orang.
 

 

Hari : 09 March 2009
Akhbar : Tamil Nesan
Penulis : En. Chandiran, Kerling.


Rancangan Pon Mazhai Pozhuthu dan Malarum Ninaivugal
Rancangan “PON MAZHAI POZHUTHU dan MALARUM NINAIVUGAL” yang kini keudara mmengikut cita rasa pendengar harus diteruskan. Ini adalah kerana, rancangan sedemikian memberikan peluang kepada para peminat MINNALfm untuk memilih lagu kegemaran mereka. Penyampaian dan persembahan juruhebah Buaneswary Narayanan telah mendapat sambutan yang baik daripada pendengar MINNALfm.
 

 

Hari : 11 Januari 2009
Akhbar : Malaysia Nanban
Penulis : Kavanna


Sekali Lagi Syabas Kepada MINNALfm
Malam Muzikal bersama MINNALfm telah wujud semula. Rancangan yang lama tidak udara sebegini harus diulang siar supaya dapat memperhangatkan lagi penglibatan artis – artis tempatan dimana peluang sebegini dapat menyerlahkan lagi bakat dan menyediakan saluran untuk mempromosikan bakat mereka.
 

 

 


Utama   |   Tentang Kami   |   DJ   |   Program   |   Galeri   |   Kelab Peminat   |   Komen   |   Hubungi Kami